25 Feb 2009

Pelancaran Program Nilam

Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah melancarkan Program Nilam pada 24 Februari 2009 sempena dengan Minggu PSS Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah. Encik Mat Sabri Ismail PTP 1 PKG Manir telah merasmikan pelancaran program tersebut. Sempena dengan Minggu PSS juga pelbagai aktiviti dilaksanakan di sekolah tersebut seperti pertandingan bercerita , mendeklamasi sajak dan juga pertandingan melukis.