2 Feb 2009

Wajah baru PKG MANIR

PKG Manir merupakan salah sebuah PKG yang terletak di dalam Daerah Kuala Terengganu. Pada awal penubuhannya PKG Manir menumpang bangunan SK Manir dan mempunyai keluasan 24' x 40'. Pada tahun 2007 PKG Manir berpindah ke SK banggol Peradong apabila bangunan barunya siap. Pada tahun 2008 pula PKG Manir mendapat peruntukan untuk bangunan tambahan. Kini PKG Manir telah mempunyai perpustakaan mini, bilik mesyuarat, bilik serbaguna dan ruang untuk pentadbiran. PKG yang berwajah baru ini, kini setanding dengan PKG lain termasuk PKG berbangunan kekal dari segi kemudahan prasarana dan aktiviti yang dilaksanakan.