25 Feb 2009

Pelancaran Program Nilam

Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah melancarkan Program Nilam pada 24 Februari 2009 sempena dengan Minggu PSS Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah. Encik Mat Sabri Ismail PTP 1 PKG Manir telah merasmikan pelancaran program tersebut. Sempena dengan Minggu PSS juga pelbagai aktiviti dilaksanakan di sekolah tersebut seperti pertandingan bercerita , mendeklamasi sajak dan juga pertandingan melukis.

MESYUARAT PENGURUSAN PKG MANIR KALI PERTAMA 2009

Mesyuarat Pengurusan PKG Manir Kali Pertama 2009 telah diadakan pada 23 Mac 2009, semua guru besar sekolah ahli PKG Manir hadir kecuali SK Teluk Menara yang diwakili oleh Guru Penolong Kanan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Tn Hj Wan Zuhaidi Wan Hassan, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan PKG, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu serta Tn Hj Wan Mohd Wan Ismail , Penolong Pegawai pelajaran Daerah Kuala Terengganu.


Mesyuarat Pengurusan Data Sekolah Daerah Kuala Terengganu

Tarikh : 15, 16 dan 17 Februari 2009
Peserta : 8 Orang
Anjuran : PPD Kuala Terengganu

10 Feb 2009

MESYUARAT GURU PROGRAM PEMULIHAN KHAS KALI 1/2009 BAGI DAERAH K.TERENGGANU UTARA & SELATAN

1) Kuala Terengganu Utara
Tarikh : 10 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Manir

2) Kuala Terengganu Selatan
Tarikh : 11 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Manir

* Semua Guru Pemulihan Khas sekolah yang terlibat dijemput hadir....

2 Feb 2009

Wajah baru PKG MANIR

PKG Manir merupakan salah sebuah PKG yang terletak di dalam Daerah Kuala Terengganu. Pada awal penubuhannya PKG Manir menumpang bangunan SK Manir dan mempunyai keluasan 24' x 40'. Pada tahun 2007 PKG Manir berpindah ke SK banggol Peradong apabila bangunan barunya siap. Pada tahun 2008 pula PKG Manir mendapat peruntukan untuk bangunan tambahan. Kini PKG Manir telah mempunyai perpustakaan mini, bilik mesyuarat, bilik serbaguna dan ruang untuk pentadbiran. PKG yang berwajah baru ini, kini setanding dengan PKG lain termasuk PKG berbangunan kekal dari segi kemudahan prasarana dan aktiviti yang dilaksanakan.