9 Jun 2009

Majlis berkhatan beramai-ramai

Tarikh 27 Mei 2009 satu majlis berkhatan beramai-ramai telah diadakan di sek Keb Kebor Besar.Seramai 29 orang murid telah menyertai majlis ini.Majlis ini diadakan dengan meriah dan mendapat sambutan yang baik dari pihak ibubapa dan guru..
video
video

16 Mac 2009

Aktiviti di SK.Beladau Kolam

Pada 25.Mac 2009 Sk.Beladau Kolam telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kali ke 14.Kejohanan Olahraga kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Yusof bin Ismail iaituPengerusi PIBG
sekolah ini.Suasana kejohanan sungguh meriah walaupun ianya diadakan secara sederhana.

sk kebor besar telah mengadakan motivasi skor 5A kepada pelajar dan ibu bapa murid tahun 6 pada 12 mac 2009

SK KESOM Menyemarakkan Program Bersama Komuniti

Tahun 2009 mencatat sejarah di Kg. Kesom dan SK Kesom kerana dalam masa 3 bulan pertama 3 Program melibatkan sekolah dan komuniti Kg Kesom telah berjaya diadakan.
GPKI telah hadiri kursus IT di BTPN Terengganu.

Kursus ICT untuk Penolong Kanan

sistem internet problem semasa kursus

Kursus yang dijalankan pada kali ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana masalah talian internet.Harap maklum

selamat berjaya pkg manir

selamat menghadiri kursus email dan blog pkg manir

kejayaan kita diskkt

kejayaan pelajar skkt dalam menempatkan diri kepusingan kelayakan program nilam mewakili pkg manir

Kursus dalam Perkhidmatan kali pertama 2009

Kursus kali pertama Sekolah Kebangsaan Manir telah diadakan pada hari Sabtu 5 Mac 2009 bertempat di Maklmal Komputer. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Encik Ghani bin Awang dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

program sekolah

sukan akan diadakan pada hari isnin ini jam 2.00 petang.Tuan dijemput hadir.

25 Feb 2009

Pelancaran Program Nilam

Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah melancarkan Program Nilam pada 24 Februari 2009 sempena dengan Minggu PSS Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah. Encik Mat Sabri Ismail PTP 1 PKG Manir telah merasmikan pelancaran program tersebut. Sempena dengan Minggu PSS juga pelbagai aktiviti dilaksanakan di sekolah tersebut seperti pertandingan bercerita , mendeklamasi sajak dan juga pertandingan melukis.

MESYUARAT PENGURUSAN PKG MANIR KALI PERTAMA 2009

Mesyuarat Pengurusan PKG Manir Kali Pertama 2009 telah diadakan pada 23 Mac 2009, semua guru besar sekolah ahli PKG Manir hadir kecuali SK Teluk Menara yang diwakili oleh Guru Penolong Kanan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Tn Hj Wan Zuhaidi Wan Hassan, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan PKG, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu serta Tn Hj Wan Mohd Wan Ismail , Penolong Pegawai pelajaran Daerah Kuala Terengganu.


Mesyuarat Pengurusan Data Sekolah Daerah Kuala Terengganu

Tarikh : 15, 16 dan 17 Februari 2009
Peserta : 8 Orang
Anjuran : PPD Kuala Terengganu

10 Feb 2009

MESYUARAT GURU PROGRAM PEMULIHAN KHAS KALI 1/2009 BAGI DAERAH K.TERENGGANU UTARA & SELATAN

1) Kuala Terengganu Utara
Tarikh : 10 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Manir

2) Kuala Terengganu Selatan
Tarikh : 11 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Manir

* Semua Guru Pemulihan Khas sekolah yang terlibat dijemput hadir....

2 Feb 2009

Wajah baru PKG MANIR

PKG Manir merupakan salah sebuah PKG yang terletak di dalam Daerah Kuala Terengganu. Pada awal penubuhannya PKG Manir menumpang bangunan SK Manir dan mempunyai keluasan 24' x 40'. Pada tahun 2007 PKG Manir berpindah ke SK banggol Peradong apabila bangunan barunya siap. Pada tahun 2008 pula PKG Manir mendapat peruntukan untuk bangunan tambahan. Kini PKG Manir telah mempunyai perpustakaan mini, bilik mesyuarat, bilik serbaguna dan ruang untuk pentadbiran. PKG yang berwajah baru ini, kini setanding dengan PKG lain termasuk PKG berbangunan kekal dari segi kemudahan prasarana dan aktiviti yang dilaksanakan.

8 Sep 2008

Pembangunan PKG Manir


PKG Manir mula beroperasi pada 01 April 2006 di SK. Banggol Peradong.